Bukan mudah untuk menjadi ibu yang berilmu dari segala segi..justeru matlamat utama blog ini adalah untuk mengumpul sebanyak mungkin info berkaitan bayi dan ibu..untuk rujukan tuan blog dan sesiapa jua yang sudi singgah di blog ini. Segala info adalah dipetik dari sumber seperti dinyatakan..same2 la kite menilai dengan penuh bijaksana.

Wednesday, May 30, 2012

Jangkitan kulat pada kulit


Oleh Rosmaliana Aida Mohd Adnan

rosmaliana@hmetro.com.my
TUKAR...lampin pakai buang perlu sentiasa ditukar untuk mengelakkan masalah ruam lampin pada kulit bayi yang halus dan sensitif.
TUKAR...lampin pakai buang perlu sentiasa ditukar untuk mengelakkan masalah ruam lampin pada kulit bayi yang halus dan sensitif.
KULIT bayi yang halus memerlukan penjagaan khusus kerana ia mudah mengalami keradangan berbanding kulit orang dewasa.
Ramai ibu rasanya pernah berhadapan dengan kulit bayi di bahagian yang ‘terperap’ menjadi kemerah-merahan dan ada kalanya timbul bintik kecil merah yang dipanggil ruam lampin. Ruam lampin ini memang menyebabkan ketidakselesaan pada bayi hingga boleh menyebabkan bayi anda menangis.
   
  • FotoTIDAK SELESA...bayi meluahkan rasa ketidakselesaan melalui tangisan.
  • FotoTIDAK SELESA...bayi meluahkan rasa ketidakselesaan melalui tangisan.
Bagi wanita yang baru menjadi ibu, tangisan anak yang berlarutan dan menunjukkan tanda gelisah itu kadang kala menimbulkan rasa panik kerana bayi masih belum pandai memberitahu ketidakselesaan yang mereka alami. Ia hanya diluahkan melalui tangisan.

Keadaan ini menyebabkan ibu muda berada dalam keadaan tertekan dari segi emosi dan psikologi kerana merasakan tidak mampu membantu bayi mereka mengurangkan rasa sakit, gatal dan tidak selesa itu.


Menurut Perunding Pediatrik, Dr Yong Junina Fadzil, komplikasi daripada masalah ruam lampin ini termasuklah mengalami jangkitan bakteria dan kulat pada kulit, jangkitan salur kencing dan ruam alahan kulit iaitu ekzema.

Katanya, kira-kira 10 peratus bayi dan kanak-kanak berusia bawah dua tahun mendapat ruam lampin iaitu kulit bayi yang sensitif menjadi merah dan mengalami keradangan terutama di bahagian punggung, kemaluan, celah kangkang dan bahagian dalam peha.

“Ruam lampin berlaku pada bahagian dan sekitar tempat yang ditutupi lampin dan keadaan ini boleh menyebabkan bayi tidak selesa serta meragam.

“Sebagai ibu, anda perlu sentiasa memastikan lampin bayi anda ditukar sekerap mungkin bagi mengelakkan terjadinya masalah ruam lampin sebegini,” katanya ditemui pada majlis pelancaran program Huggies School of Skin Health dan juga rangkaian produk lampin pakai buang terbaru yang terbukti secara klinikal, Huggies - DryPants, Dry, Ultra, Total Protection Pants dan Total Protection.

Dr Yong Junina berkata, antara gejala ruam lampin termasuk tompokan kasar, gatal dan merah pada bahagian punggung, kemaluan dan paha.

Ini diikuti dengan kulit melepuh dan luka kemerahan dan jika dijangkiti kuman, kawasan lampin akan kelihatan berwarna merah garang, diselaputi ruam berkilat dan bertompok-tompok serta dipenuhi bintil kecil di luar bahagian yang dijangkiti.

“Faktor penyebab kepada masalah ini berlaku apabila kulit bayi yang sensitif dibiarkan dalam keadaan basah terlalu lama menyentuh air kencing dan juga najis.

“Disebabkan tempoh ‘pemerapan’ bahan buangan itu terlalu lama, ia mula memberikan kesan pada kulit bayi anda dan perkara ini perlu dielakkan,” katanya.

Selain itu, menurutnya, gangguan bahan kimia dan ammonia yang terhasil daripada perkumuhan air kencing secara tidak langsung boleh memusnahkan lapisan perlindungan terdapat pada kulit terutama pada kulit bayi.

Keadaan ini boleh menyebabkan kulit bayi bertukar kemerah-merahan dan mengalami keradangan selain turut dikaitkan dengan alahan pada bahan cucian ataupun kandungan bahan pada lampin pakai buang yang digunakan.

“Bayi akan mengalami rasa ketidakselesaan berterusan disebabkan masalah ini dan ia sedikit sebanyak boleh mengganggu perhatian ibu bapa dan juga bayi terbabit.

“Berikan rawatan bersesuaian untuk menangani permasalahan itu antaranya menggunakan krim antifungal jika ada tanda jangkitan kulat kerana masalah ini boleh berlaku secara berulang terutama jika faktor kebersihan bayi dipandang ringan,” katanya.

Malah, tinjauan yang dilakukan ke atas 2,500 ibu melalui program Huggies School of Skin Health ini juga menunjukkan mereka percaya 100 peratus kesihatan kulit bayi amat penting.

Selain itu, tinjauan yang dilakukan ini turut diadakan bertujuan memahami dengan lebih mendalam keadaan dilalui ibu apabila kesihatan kulit bayi mereka bermasalah.

Daripada keputusan keseluruhan yang diperoleh, 70 peratus golongan ibu mengakui bayi mereka pernah mengalami masalah kulit termasuk ruam lampin.

Faktor kebimbangan sebegini menyaksikan 34 peratus daripada mereka mengakui sering rasa hilang sabar hingga menyebabkan berlakunya pertengkaran dengan suami, rakan atau ahli keluarga disebabkan perkara itu.

Sementara itu, menurut Pakar Pendidik Keluarga, Charis Patrick, perhubungan yang erat antara bayi dan ibu menambahkan lagi keperitan yang dirasai si ibu terutama apabila berhadapan dengan bayi mereka yang sakit ataupun tidak selesa.

Katanya, keadaan ini boleh menyebabkan golongan ibu terbabit mengalami masalah ketegangan, tidur tidak lena serta tidak dapat menumpukan perhatian terhadap kerja ataupun tugasan harian.

“Tidak dapat dinafikan ia suatu yang sukar dihadapi tetapi bukan juga perkara mustahil untuk ditangani kerana sebagai ibu, kita perlu menjadi lebih fleksibel dalam menangani kesukaran dihadapi bayi anda.

“Sebagai contoh, untuk mengurangkan ketidakselesaan dialami ibu dan juga bapa boleh mengalihkan perhatian bayi mereka dengan melakukan perkara diminati daripada berterusan menggaru bahagian yang mengalami ruam berkenaan,” katanya.

Selain itu, Charis berkata, dengan kemudahan kelengkapan bayi kini, penjagaan bayi makin mudah dilakukan contohnya jika bayi buang air kecil atau besar, bahagian yang terkena najis boleh dibersihkan menggunakan tisu basah.

“Bagaimanapun, kaedah ini hanya sesuai bagi bayi yang masih kecil tetapi sekiranya mereka sudah mula makan, penggunaan tisu basah tidak mencukupi. Kulit yang terkena najis perlu dibersihkan dengan air dan sabun lembut.

“Pada ketika ini, penjagaan kebersihan bayi anda sudah menjadi seperti orang dewasa iaitu ia perlu dibersihkan dengan air bersih dalam kuantiti mencukupi untuk menghilangkan kotoran berkenaan dan pastikan sebelum memakaikan bayi anda dengan lampin, kawasan yang dibasuh tadi perlulah kering sepenuhnya,” katanya.

Ini untuk mengelakkan daripada berlakunya masalah ruam lampin secara berpanjangan serta memastikan kebersihan bayi anda sentiasa terjaga. Malah asas kekeluargaan yang utama yang perlu diterapkan apabila berumah tangga adalah kerjasama antara kedua-dua pihak dan bukan sebaliknya.

“Masing-masing memiliki peranan tersendiri terutama jika membabitkan soal penjagaan serta kebajikan anak dan jangan hanya terlalu berharap ataupun bergantung kepada satu individu saja untuk melaksanakannya.

“Jika si ibu sudah memandikan dan menukar lampin bayi, si ayah pula perlu turut sama membantu sama ada bermain dengannya ataupun menenangkannya jika berada dalam ketidakselesaan dan ia adalah kerjasama dua hala yang perlu dilakukan sebaiknya agar masing-masing berasa dihargai,” katanya.

Hadir sama, Pengarah Urusan Kimberly-Clark Malaysia/Singapura, Chia Oi Peng dan Pengurus Jenama Perdagangan Penjagaan Bayi & Kanak-Kanak Kimberly-Clark Malaysia, Iris Tee.

Di samping itu, program Huggies School of Skin Health ini turut menawarkan peluang mencuba sampel dan juga menyertai peraduan serta kuiz disediakan.

Malah, ia turut membekalkan maklumat terkini kepada ibu bapa mengenai mitos kesihatan kulit bayi dan kaedah penjagaan yang betul, tip dan juga pelbagai maklumat lain berkaitan isu ini.


Rutin penukaran lampin bayi

> Cuci punggung bayi dengan kapas dan gunakan sabun yang tidak memiliki bahan pewangi.

> Anginkan seketika bahagian berkenaan sehingga kering.

> Jika menggunakan lampin kain, bilas lampin yang kotor sebelum memasukkannya ke dalam baldi yang berisi cecair perendam lampin atau basuh serta-merta serta jemur di bawah cahaya matahari terik.

> Ambil langkah pencegahan sepatutnya jika berlaku ruam lampin untuk mengelakkan daripada terus merebak.

Tuesday, May 29, 2012

Pertumbuhan Gigi Anak Terganggu Kerana Anak Menghisap Jari


Artikel ni ummi petik dr Blog Ibu Hamil..bayak info berguna yang ummi dapat kt situ..so ummi share kat sini..moga jadi panduan bersama..

by ADMIN on 02 FEB 2012 in ARTIKEL, SI MANJA

TERBAIK UNTUK ANDA :

Persoalan:
Adakah anak anda masih meghisap jari walaupun telah berumur lebih dari 4 tahun?
Adakah gigi hadapan anak anda tidak rapat apabila anak anda menggigit?
Adakah anak anda selalu menonton tv, membaca buku, bermain atau tidur dengan mulut terbuka?
Adakah gigi susu anak anda yang berumur 8 tahun ke bawah tidak tersusun?
Adakah bila anak anda menelan air liur, lidahnya terkeluar sedikit?
Adakah gigi hadapan anak anda nampak terkedepan (jongang sedikit)?

YA atau TIDAK?

Sekiranya anda menjawab ‘YA’ kepada kesemua soalan di atas ataupun sebahagian soalan di atas, anak anda kemungkinan besar akan mempunyai gigi yang tidak tersusun apabila gigi kekalnya tumbuh kelak. Anak anda memerlukan rawatan braces untuk membetulkan semula gigi mereka yang tidak tersusun.

Tetapi kini ada rawatan alternatif lain yang boleh dilakukan semasa mereka masih kecil dan masih membesar untuk membetulkan otot-otot mulut dan lidah dan seterusnya boleh membetulkan kedudukan gigi dengan MRC APPLIANCE seperti TRAINER SYSTEM dan MYOBRACE. Trainer system ini boleh membetulkan habit anak anda dan seterusnya secara tidak langsung boleh memperbaiki susunan gigi.

Myobrace System pula boleh menyusun gigi anak anda yang tidak tersusun tanpa menggunakan braces sekiranya dibuat semasa umur anak anda antara 9-11 tahun iaitu semasa anak anda masih dalam proses pembesaran. Klinik pergigian Dr. Leen ada menawarkan rawatan menggunakan sistem MRC. Biasanya untuk temujanji pertama, gigi anak anda akan diperiksa sepenuhnya untuk melihat samada sesuai atau tidak untuk memakai MRC appliance.

Kemudian acuan gigi akan dibuat sekiranya perlu. Gambar gigi dan profil muka anak anda akan dibuat supaya perbezaan sebelum dan selepas rawatan dapat dilihat. MRC appliance akan diberikan dan cara penggunaannya akan diterangkan. Anak anda hanya perlu memakainya selama 1 hingga 4 jam di waktu siang dan semalaman semasa tidur untuk trainer system atau 2 jam di waktu siang dan semalaman untuk myobrace system.

Anda perlu membawa anak anda untuk review setiap bulan atau dua bulan sekali untuk diperiksa. Disebabkan MRC system ini adalah removable iaitu boleh dibuka dan dipakai pada bila-bila masa, ianya hanya akan berfungsi apabila anak anda memakainya mengikut saranan yang diberi.

Sekiranya alat ini tidak dipakai, perubahan pada gigi tidak dapat diperolehi. Sekiranya anda berminat dengan rawatan ini, bolehlah membawa anak anda untuk diperiksa di klinik gigi yang menawarkan rawatan ini untuk melihat samada anak anda sesuai atau tidak. Pencegahan adalah lebih baik dari merawat.

Sekiranya masalah susunan gigi dapan dikesan lebih awal, bolehlah diperbaiki sebelum ianya menjadi lebih teruk dan lebih membawa kepada masalah seperti susah nak bersihkan gigi, gigi menjadi rosak, hilang keyakinan diri dan rawatan braces yang kosnya lebih tinggi.


Sumber: Drleen.


Wednesday, May 23, 2012

Mengatasi gigi sensitif



Oleh Siti Zarinah Sahib
sitizarinah@hmetro.com.my







KEBANYAKAN rakyat Malaysia membesar dengan kepelbagaian makanan enak seperti karipap yang dijual di gerai tepi jalan, ais kacang daripada kantin sekolah atau secawan kopi panas bersama nasi beralaskan daun pisang.
Namun peningkatan usia menyebabkan setiap orang menjaga kesihatan dengan memilih makanan kurang kolesterol, tanpa lemak dan terlalu manis bagi mendapatkan berat badan ideal serta terhindar daripada penyakit merbahaya.

Selain menyekat pengambilan makanan yang boleh mengundang bahaya, ramai mengakui mengalami ketidakselesaan ketika mengunyah makanan. Dentin hipersensitif atau lebih dikenali sebagai gigi sensitif adalah satu keadaan yang memberi kesan kepada hampir 57 peratus individu di seluruh dunia.


Ini berpunca daripada udara sejuk, minuman panas atau pencuci mulut manis yang mencetuskan kesakitan pada gusi dan gigi.
Bukan itu saja, sentuhan peralatan pergigian daripada doktor gigi boleh membuatkan rutin lawatan ke klinik menjadi sesuatu yang menakutkan.

Ketidakselesaan ini menyebabkan sesiapa juga yang mengalaminya mengelak untuk membuat rawatan dan seterusnya membawa kepada masalah gigi yang lain.

Masalah gigi sensitif berlaku apabila gusi semakin menipis disebabkan kehadiran enamel seterusnya mendedahkan lapisan asas gigi (dentin) kepada deria rasa.
Panas, sejuk, manis atau masam memberi kesan kepada pergerakan cecair di dalam kawasan gigi sekali gus mencetus ketidakselesaan atau rasa sakit.

Colgate Sensitive Pro-Relief adalah ubat gigi pertama dan satu-satunya terbukti secara klinikal menghalang kesakitan dan memberikan kelegaan daripada kerengsaan dan rasa ngilu. Ia mengandungi kalium yang memberikan rasa kebas dan berkesan menghalang penghantaran deria panas, sejuk, manis dan tekanan yang merangsang rasa sakit pada gigi.

Mengandungi teknologi Pro-Argin yang dahulunya hanya terdapat di klinik pergigian, teknologi ini menggunakan arginina dan asid amino yang semula jadi terdapat di dalam air liur.

Kandungan kalsium karbonat dan sebatian kalsium tidak larut, membantu merawat dan mencegah gejala kesakitan dan menjadi pelindung mulut untuk jangka panjang.

Untuk mengurangkan rasa sakit dan tidak selesa, Colgate Sensitive Pro-Relief mampu menghalang rasa sensitif ketika mula digosok pada gigi. Penggunaan yang kerap memberikan perlindungan berpanjangan serta menambah pembaikan enamel gigi seterusnya mengurangkan kesakitan secara kekal. Ubat gigi ini sesuai untuk rakyat Malaysia yang mencintai makanan.

Sumber : Harian Metro

Sayang buat Blog ni untuk ape??


Title kt atas gitu-gitu lak ekk..hihi.. sebenarnya title tu soalan dari En. F bile ummi tunjukkan blog ni kat dia..Bile En. F tanye camtu maka jawapannya adalah seperti berikut:

Pendidikan sepanjang hayat bang..

Hah??amenda lak pendidikan sepanjang hayat tu..haha..ok..gini..sebenarnye ummi ni suke membaca artikel2 menarik..so lps bace tu ummi suke save artikel tu..nk save kt dlm kepala..hurmm…lama-kelamaan pasti lupa..so dulu2 ummi suke save dlm :-

  • Hard Disk - Bkn main byk lagi artikel2 menarik dan bermanafaat tup  tup hard disk                             rosak…xde backup lak tu..sayangnya pada ilmu2 itu..
  • Pendrive - teramat byk la artikel untuk ummi jadikan rujukan kemudian hari..tibe2                             pendrive tu pun mengalami nasib same mcm hard disk…uwaaaa….nak nangis               rase..hbs segala mala artikel yg ummi kumpul.
  • Hardcopy – yang ni agak selamat tp bile dah banyak2 tu susah lak nk cari artikel yg berkaitan.. hbs kena lembang..huhu..

Finally…


Ummi pilih untuk simpan kt dlm otak maya ni..walaupun sebenarnya ummi xpandai pun nak wat blog ni..try & error. Maka ni la hasilnya...

Errr..jawapan di atas masih tidak tepat sebenarnya..bace dulu petikan ayat kt bawah.. 

PERJALANAN ibu bermula ketika ujian kehamilan pertama menunjukkan keputusan positif. Mulai saat itu, hubungan istimewa antara ibu dan anak terjalin. Keinginan mencurahkan kasih sayang, melindungi dan menjaga janin yang sedang membesar mendorong ibu berkorban dan membuat perubahan gaya hidup yang ketara. Tempoh 1,500 hari pertama sangat penting untuk perkembangan si manja. Oleh itu, penjagaan ibu dan bayi sepanjang masa perlu dititikberatkan.

Urmmm..jadi dalam blog ni ummi nak simpan serta kongsi ilmu keibubapaan..untuk rujukan ummi sendiri dan sesiapa jua yang jumpe blog nie.. Opss...ummi ni pakar ker??? Hihi..tidak sama sekali..seme artikel tu dipetik dari mana-mana sumber seperti yang dinyatakan.

Panduan pilih susu si manja


Oleh Rosmaliana Aida Mohd Adnan

rosmaliana@hmetro.com.my
SUSU tepung untuk membesar dirumus khas untuk memenuhi keperluan pemakanan kanak-kanak. Ia bukan saja mengandungi kandungan protein yang tinggi tetapi turut memberikan nutrien penting.
Ibu bapa perlu lebih berhati-hati ketika memilih susu tepung membesar untuk si manja mereka kerana terdapat sesetengah pengeluar yang menambahkan gula tambahan seperti sukrosa, pepejal sirap glukosa dan pepejal sirap jagung ke dalam produk berkenaan.
Disebabkan nama gula tambahan ini kurang dikenali, kebanyakan ibu bapa tidak menyedari terdapatnya gula tambahan dalam susu tepung untuk membesar anak mereka.

Sungguhpun gula tambahan dalam jumlah yang kecil dapat meningkatkan keenakan rasa susu bagi menggalakkan penggunaan, sesetengah produk ini mungkin mengandungi gula tambahan dalam kuantiti yang tinggi.


Keadaan ini bukan saja mencairkan nilai pemakanan susu tetapi secara tidak langsung turut meningkatkan pengambilan gula tambahan oleh kanak-kanak tanpa disedari ibu bapa.

Secara global, terdapat peningkatan yang mendadak dalam permasalahan berat badan secara berlebihan ataupun obesiti di kalangan kanak-kanak.

Keadaan ini menyebabkan pengambilan gula tambahan secara berlebihan tanpa disedari adalah perkara yang membimbangkan.

Terdapat pelbagai faktor menjurus kepada masalah berat badan secara berlebihan, antaranya ialah pengambilan makanan yang tinggi indeks glisemik (Glycemic Index, GI) dan beban glisemik (Glycaemic Load, GL).

Indeks glisemik (GI) adalah pengukuran kualiti karbohidrat yang berdasarkan kepantasannya untuk meningkatkan paras gula darah.

Makanan ataupun minuman yang memiliki GI yang tinggi, kandungan karbohidratnya akan cepat dicerna dan diserap mengakibatkan paras gula darah meningkat secara mendadak.

Sementara itu, beban glisemik (GL) pula adalah lebih berguna kerana pengukuran ini mengambil kira nilai GI dan kuantiti karbohidrat dalam satu hidangan.

Dalam konteks kajian penyelidikan terhadap susu tepung untuk membesar pula, GL adalah ukuran perubahan tahap gula di dalam darah selepas meminum segelas susu.

Kandungan GL yang tinggi bermakna susu terbabit mempunyai banyak gula tambahan yang menjadikan paras gula dalam aliran darah meningkat terlalu tinggi dengan cepat.

Sebaliknya jika kandungan GL rendah bermakna susu terbabit tidak mempunyai banyak gula tambahan dan tahap gula darah dalam imbangan yang sihat.

Semakin banyak bukti penyelidikan mencadangkan pembebasan tenaga secara perlahan-lahan daripada makanan yang lebih rendah GL menyokong pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang sihat dalam beberapa cara antaranya:

  • Apabila dimakan sebagai sebahagian daripada sarapan, makanan yang lebih rendah GL boleh membantu untuk mengekalkan tumpuan dan perhatian sepanjang pagi.
  • Malah, ia juga boleh membantu kanak-kanak terus memberi tumpuan kepada tugasan dan dikaitkan dengan daya ingatan lebih baik.

    Secara kesimpulannya, untuk permulaan yang baik dalam hidup, pemakanan kanak-kanak haruslah mengandungi makanan yang rendah GI dan GL.

    Sebagai langkah permulaan, ibu bapa perlulah lebih bijak dan membaca label produk supaya dapat mengenalpasti kehadiran gula tambahan dalam makanan dan minuman yang diberikan kepada kanak-kanak.

  • Sumber : Harian Metro

    Murung, terfikir kematian


    Oleh Faizatul Farlin Farush Khan

    ffarlin@hmetro.com.my
         
    KASIH...kemurungan tidak bermakna ibu tidak sayangkan bayinya.
    KASIH...kemurungan tidak bermakna ibu tidak sayangkan bayinya.
    pix_topright 
    KEMURUNGAN di kalangan ibu yang baru melahirkan bayi atau dikenali sebagai baby blues bukan masalah asing dan sering berlaku terutama kepada mereka yang baru pertama kali mendapat zuriat.
    Masalah berkenaan berlaku apabila ibu berasa sedikit rapuh daripada segi emosi sebaik melahirkan anak dan ia sesuatu yang normal.
    Mengikut kajian, 80 peratus daripada ibu yang baru melahirkan bayi akan mengalami kemurungan ini iaitu reaksi emosi yang bermula beberapa hari selepas kelahiran dan selalunya tidak berpanjangan lebih dua minggu.

    Antara simptom kemurungan di kalangan wanita adalah bersedih, hilang minat atau kesukaan pada perkara yang selalunya digemari, berasa bersalah, hilang harapan dan rasa tidak berharga, manakala ada sebahagian yang lebih ekstrem memikirkan mengenai kematian.


    Simptom lain yang menunjukkan seseorang itu kemungkinan mengalami kemurungan lepas bersalin adalah gangguan tidur iaitu sama ada lebih banyak tidur atau kurang tidur, perubahan selera dan berat badan, sukar memberi tumpuan dan tidak bertenaga.

    Ada ibu yang mudah tersentuh, menangis, susah hati dan cepat tersinggung walaupun pada perkara yang kecil dan tidak memberi makna.

    Sokongan pasangan dan keluarga dengan membantu menguruskan bayi dan memberi ruang kepada ibu untuk mendapatkan lebih banyak rehat, boleh membantu ibu melalui fasa berkenaan dengan baik.

    Namun sekiranya rasa sedih dan kemurungan itu berlanjutan lebih daripada dua minggu, wanita berkenaan perlu bertemu dengan doktor supaya simptom berkenaan boleh dikenal pasti seterusnya merujuk wanita yang mengalami masalah kemurungan kepada kaunselor sekiranya perlu.

    Kemurungan boleh dipecahkan kepada beberapa bahagian dan kira-kira 10 hingga 15 peratus ibu baru mengalami kemurungan klinikal, kerisauan melampau atau gangguan obsesif-kompulsif (OCD).

    Kemurungan boleh bermula dalam tempoh dua bulan pertama selepas melahirkan bayi dan segelintir wanita yang mengalami masalah itu tidak mampu menjaga bayi dengan baik malah ada kemungkinan boleh membahayakan bayi mereka.

    Jika wanita mengalami rasa bimbang atau panik yang berulang-ulang, dia mungkin mengalami gangguan kerisauan selepas melahirkan.

    Simptom kerisauan itu selalunya muncul dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas melahirkan tetapi ia hanya tiba ke kemuncak beberapa minggu selepas itu.

    Antara simptomnya adalah kerisauan ekstrem, tidak tenteram, nafas menjadi pendek, sakit dada, ketidakselesaan, rasa tercekik, pening, rasa cucukan di kaki dan tangan, menggigil, berpeluh, pitam, rasa panas dan sejuk serta kebimbangan akan mati, hilang akal atau hilang kawalan.

    Sesetengah wanita yang mengalami kerisauan selepas bersalin, mempunyai kebimbangan yang berulang mengenai bahaya yang akan menimpa anak-anak mereka, orang yang disayangi atau diri sendiri.

    Wanita yang mengalami OCD selepas bersalin pula sentiasa mengalami pemikiran atau imej mengenai perkara yang mengganggu atau kejam.

    Pemikiran itu datang secara spontan dan selalunya ibu memikirkan perkara yang tidak masuk akal seperti mencederakan bayi mereka sendiri.

    Mereka yang mengalami OCD juga sentiasa melihat bahaya di mana-mana saja sehingga mencuci tangan mereka berkali-kali serta berulang kali memeriksa pintu sama ada ia sudah dikunci.

    Ada juga yang mencipta ritual sendiri yang dijalankan berulang kali dalam usaha membuang pemikiran buruk yang sentiasa bermain dalam fikiran mereka.

    Mereka mungkin dengan sengaja mengelak memasuki dapur, memegang pisau, enggan menjaga atau memandikan bayi kerana khuatir akan mencederakan bayi mereka.

    Menurut Pakar Obstetrik dan Ginekologi Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Premitha Damodaran, antara faktor yang menyumbang kepada kemurungan di kalangan ibu yang baru melahirkan bayi adalah kadar hormon estrogen yang menurun sebaik proses kelahiran berlaku.

    Katanya, ia juga boleh berlaku di kalangan ibu yang menyusukan bayi mereka kerana faktor hormon estrogen yang berkurangan berbanding ketika mengandung.

    “Semua ibu yang baru melahirkan boleh mendapat baby blues tapi sama ada ia boleh membawa kepada masalah kemurungan, ia bergantung kepada kekuatan dalaman diri serta bagaimana seseorang wanita itu menanganinya.

    “Ibu perlu bertenang, tidur yang cukup dan pastikan susu badan sentiasa ada supaya bekalan tidak berkurangan hingga boleh mengakibatkan susah hati.

    “Sekiranya ibu rasa tidak mampu menghadapi perubahan selepas melahirkan, dia boleh mendapat kemurungan,” katanya.

    Tiada faktor khas yang menyumbang kepada masalah murung selepas bersalin tetapi gabungan hormon, biokimia, persekitaran psikologi dan genetik memainkan faktor dalam masalah berkenaan.

    Wanita yang mula mengalami rasa susah hati melampau ketika mengandung terutama pada trimester ketiga, mempunyai sejarah kemurungan, sejarah ada ahli keluarga yang mengalaminya, masalah rumah tangga, masalah kewangan, kehilangan kerja, tekanan untuk menjaga bayi, keyakinan diri yang rendah dan kurang sokongan sosial mempunyai risiko untuk mengalami kemurungan selepas bersalin.

    Selain itu, kemurungan selepas bersalin juga kemungkinan boleh berlaku pada wanita yang melahirkan bayi yang tidak dirancang, tidak berkahwin dan tergolong dalam status ekonomi yang rendah.

    Selain mendapatkan nasihat pakar, wanita yang mengalami kemurungan boleh membantu diri sendiri dengan meminta sokongan daripada pasangan, rakan dan keluarga untuk membantu menguruskan bayi dan melakukan kerja lain.

    Mereka juga boleh mendapatkan rehat secukupnya dan makan dengan teratur selain berhenti berfikir serta melabel diri sendiri sebagai ibu yang tidak cukup bagus kepada bayi.

    Antara cara lain untuk mengatasi rasa murung selepas bersalin adalah tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi pada diri sendiri selain perlu berkongsi perasaan dengan seseorang yang dipercayai.

    Hubungi rakan yang bersedia mendengar masalah atau menyertai kumpulan sokongan ibu sama ada secara fizikal atau melalui Internet untuk mendapatkan sokongan emosi sebanyak yang mungkin.

    Selain itu, ibu baru bersalin juga boleh mengurangkan kemurungan dengan mengambil pendekatan menjaga diri sendiri, tidur secukupnya, berehat dan mandi air suam, keluar membeli-belah, berpakaian cantik serta bersolek sekiranya perkara itu biasanya menggembirakan hati.

    Ibu juga boleh mengurangkan kemurungan dengan keluar berjalan membawa bayi mereka dan bertemu rakan serta menghabiskan masa lapang dengan aktiviti santai.

    Wanita yang mengalami simptom murung juga boleh mengatasinya dengan mengambil pendekatan tidak terlalu tergesa-gesa untuk melakukan sesuatu perkara contohnya mencuci baju ketika bayi tidur, sebaliknya mereka boleh mengambil masa itu untuk berehat.

    Tugas lain boleh diselesaikan dengan meminta bantuan pasangan atau keluarga untuk melakukannya supaya wanita itu tidak perlu sentiasa terkejar-kejar untuk menyiapkan semuanya sehingga menimbulkan rasa susah hati.


    Simptom kemurungan selepas melahirkan anak:


  • Bersedih
  • Hilang minat atau kesukaan pada perkara yang selalunya digemari
  • Rasa bersalah
  • Hilang harapan 
  • Rasa tidak berharga
  • Ada yang lebih ekstrem memikirkan mengenai kematian
  • Gangguan tidur
  • Perubahan selera dan berat badan
  • Sukar memberi tumpuan
  • Tidak bertenaga
  • Mudah tersentuh, menangis, susah hati
  • Cepat tersinggung


    Golongan berisiko:
  • Wanita yang mula mengalami rasa susah hati melampau ketika mengandung terutama pada trimester ketiga
  • Mempunyai sejarah kemurungan
  • Sejarah ahli keluarga yang mengalaminya
  • Masalah rumah tangga
  • Masalah kewangan
  • Kehilangan kerja
  • Tekanan menjaga bayi
  • Keyakinan diri yang rendah
  • Kurang sokongan sosial
  • Tidak merancang melahirkan bayi
  • Tidak berkahwin
  • Status ekonomi rendah


    Cara tangani:
  • Banyak berehat, cukup tidur
  • Minta bantuan pasangan, keluarga untuk uruskan bayi
  • Bertenang
  • Berfikir positif
  • Membuat perkara yang disukai
  • Keluar bersantai bersama bayi 
  • Tidak meletakkan harapan terlalu tinggi
  • Mendapatkan nasihat pakar

    Sumber : Harian Metro
  • Wednesday, May 9, 2012

    Ruam Bayi


    Hmm..kali ni ummi nk share tentang masalah ruam pada bayi..dipetik dari Harian Metro. Mungkin boleh dijadikan rujukan oleh ummi di hari mendatang..juga rujukan pada mereka diluar sana yang mencari info tentang masalah ruam ni..meh kutip ilmu..


    Masalah kulit hilang sendiri

    Oleh Rosmaliana Aida Mohd Adnan
    rosmaliana@hmetro.com.my
         
    RESAH...ruam yang tumbuh bukan penyakit tetapi alahan.
    RESAH...ruam yang tumbuh bukan penyakit tetapi alahan.


    RAMAI ibu bapa yang pernah berhadapan dengan masalah kulit bayi yang mengalami kemerahan              dan kasar pada bahagian pipi, dagu. leher serta anggota tubuh yang lain. Ramai juga yang                    beranggapan ia disebabkan terkena susu ketika menyusu.

    Masalah ruam tetap akan berlaku sama ada bayi minum susu secara campuran iaitu susu ibu dan               susu formula ataupun menyusu badan. Ini kerana berkemungkinan bayi terbabit mengalami alahan         kepada susu formula yang diambil juga daripada pemakanan si ibu.


       
    • Foto
    • Foto


    Perunding Pediatrik Pusat Perubatan Prince Court, Dr Anthony James Mansul, berkata ruam susu             ataupun ekzema kebiasaannya lebih banyak berlaku kepada bayi yang diberikan susu formula.

    Keadaan ini disebabkan bayi terbabit mengalami alahan kepada susu berasaskan protein lembu yang diberikan, terutama bagi mereka yang berada pada peringkat usia yang masih muda.

    Justeru, ibu bapa digalakkan menukar pemberian susu formula kepada susu soya bagi mengurangkan        kesan alahan dialami.

    “Ruam tidak akan berlaku dengan begitu saja kerana ia tetap memerlukan pencetus bagi memberikan        lebih ‘kekuatan’ untuk ‘tumbuh’ dan biasanya masalah ini berpunca daripada faktor genetik ataupun              secara semula jadi (iaitu bayi terbabit dilahirkan dengan potensi mengalami ekzema).

    “Disebabkan itu, ibu bapa perlu memastikan setiap makanan yang diambil dan diberikan kepada bayi          selamat untuk dimakan terutama pada peringkat awal tumbesaran mereka,” katanya ketika ditemui,         baru-baru ini.

    Seperti yang diketahui katanya, susu ibu adalah sejenis makanan dan jika dibiarkan pada kulit terlalu         lama, ia akan menyebabkan berlakunya tindak balas bakteria dan fungus akan mudah membiak pada bahagian yang tidak dibersihkan.

    Oleh itu untuk mengatasinya, si ibu perlu membersihkan segera segala baki susu yang terdapat di pipi           bayi dan dapatkan krim yang sesuai untuk merawat ruam jenis ini.

    “Perkara paling penting yang perlu dilakukan ibu bapa adalah menjaga persekitaran bayi agar sentiasa            bersih bukan saja daripada segi makanan kerana ketika ini, bayi masih lagi dalam proses untuk                  membina daya tahan diri semula jadi mereka.

    “Penting untuk memastikan bayi sentiasa berada dalam keadaan bersih. Masalah ruam menyebabkan           bayi dalam keadaan tidak selesa hingga mempengaruhi mood dan ia boleh menyebabkan tekanan             kepada si ibu dan bayi,” katanya.

    Tidak dinafikan katanya, masalah ruam susu yang berlaku dalam kalangan bayi ini juga dianggap             sebagai alahan terhadap susu yang diambil tidak kira sama ada melalui susu ibu ataupun susu formula.

    Jika keadaan ini yang berlaku, biasanya ibu dinasihatkan untuk menyusukan bayi sepenuhnya atau jika terpaksa mencampur susu, gunakan susu berasaskan soya.

    “Memang ada bayi yang disusukan dengan susu ibu mengalami masalah ini namun bukan disebabkan           terkena susu ibu, tetapi lebih kepada kemungkinan bayi itu mengalami alahan terhadap sesuatu bahan.

    “Jika si ibu memakan makanan yang tidak sesuai dan bayi alah pada makanan itu, ia juga boleh          menyebabkan berlakunya ruam susu,” katanya.

    Namun menurutnya, ibu ataupun bapa tidak perlu risau dengan masalah ini kerana kebanyakan masalah berkaitan kulit bayi bersifat sementara dan ia akan hilang dengan sendirinya.

    Malah, ruam yang tumbuh itu juga bukan dikategorikan sebagai sejenis penyakit, tetapi berpunca               daripada alahan. Bagaimanapun, ia masih boleh berlanjutan sehingga bayi itu menjangkau usia                    dua tahun, tetapi kes sebegini jarang berlaku.

    “Ibu bapa perlu sentiasa memastikan makanan yang diberikan kepada bayi tidak mengandungi bahan              yang menyebabkan alahan kepada mereka kerana ia tidak boleh dikesan dengan begitu saja, tetapi membabitkan pemerhatian berkala yang efektif.

    “Jika anak mula menampakkan kesan alahan kepada bahan makanan yang diberikan, hentikan                   dengan segera kerana ruam sebegini memerlukan masa sekurang-kurangnya dua minggu untuk                  pulih terutama jika ia berapa pada peringkat yang agak teruk,” katanya.

    Kebiasaannya ruam terbabit mula kelihatan sebelum umur bayi mencecah dua bulan dan kebiasaannya            jelas kelihatan pada bahagian pipi.

    Beliau berkata, bagi mengurangkan kesan ruam, ibu bapa boleh menggunakan sabun khas tanpa                bahan pewangi dan tanpa sabun sebagai ejen pembersih.

    “Walaupun tidak ‘menarik’ disebabkan tiada bau dan buih, ia jalan terbaik untuk mengurangkan ruam          dialami anak mereka.

    “Sementara itu, penggunaan pelembap juga perlu bagi memastikan kulit yang kering di kawasan ruam berkenaan tidak memberikan lebih kesan ketidakselesaan namun ia juga perlu daripada bahan tanpa pewangi,” katanya.

    Di samping itu, ruam susu atau ekzema juga mempunyai hubung kait dengan penyakit asma dan             apabila bayi menghadapi masalah itu, selalunya mereka juga akan mengalami batuk berkahak                     dan berhingus.

    Katanya, keadaan ini berlaku disebabkan sistem pertahanan tubuh bayi terlalu tinggi sehingga                menjadi amat sensitif kepada persekitaran terutama habuk walaupun dalam jumlah yang sedikit.

    “Masalah ini berkaitan kerana ia adalah ‘penyakit’ yang dibawakan melalui kesan alahan yang             menyebabkan daya tahan badan bayi berkenaan mengalami sedikit kekeliruan.

    “Walaupun cara ia ‘dikeluarkan’ ataupun tumbuh berbeza tetapi tetap berada dalam kategori                    yang sama. Bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang sebelum ini mengalami ekzema                        mereka mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalaminya,” katanya.

    Monday, May 7, 2012

    Bayi Berkahak


    Pagi ni ummi terjah sesawang  http://pmr.penerangan.gov.my  jupe artikel berkaitan masalah bayi berkahak..so ummi nk kongsi kt sini..pasti membantu ibu bapa apabila bayi mereka diserang masalah ni..baby x pandai nk keluarkan kahak sendiri ekk.. Jom bace..


    TEKNIK TEPUK BANTU MASALAH BAYI BERKAHAK


    SITI Farah Aini Jamaludin menunjukkan alat bantuan perubatan yang digunakan dalam kes mengeluarkan kahak daripada kerongkong bayi.

    BATUK dan selesema adalah dua masalah yang boleh dikatakan pasti berlaku pada setiap bayi. Tidak kira musim sejuk atau panas, simptom tersebut boleh menjadi kronik kepada kesihatan bayi kerana kesukaran mereka untuk mengeluarkan kahak dan hingus boleh menjadi punca penyakit seperti bronkitis atau brochospasm.

    Saat masalah tersebut berlaku pada bayi, pasti ibu bapa akan berasa gusar kerana bayi belum mempunyai kepandaian untuk mengeluarkan kahak mahupun menghembus hingus mereka sendiri.

    Sebab itulah ada ibu atau bapa yang prihatin sanggup menyedut hingus pada hidung bayi mereka kerana khuatir keadaan tersebut akan membuatkan bayi tidak selesa untuk bernafas.

    Syabas kepada ibu bapa yang sanggup melakukan yang terbaik demi kesihatan anak mereka, tapi alangkah lebih bagusnya jika mereka mengetahui tentang teknik fisioterapi yang terbukti boleh memberikan bayi lebih kelegaan daripada masalah batuk dan selesema yang dihadapi.

    Pakar Fisioterapi dari Pusat Perubatan Pakar Alpha, Siti Farah Aini Jamaludin berkata, bayi di bawah usia dua tahun memang kerap mengalami bronchospasm iaitu bengkak dan pengecutan dalam paru-paru.

    "Simptom penyakit ini seperti batuk, demam, selesema dan sesak nafas. Penyakit ini boleh juga dialami oleh orang dewasa tapi lebih bermasalah jika ia menyerang bayi kerana mereka tidak berupaya mengeluarkan kahak sendiri," ujarnya ketika ditemui di klinik fisioterapinya di Pusat Perubatan Pakar Alpha, Kota Damansara, Selangor, baru-baru ini.

    Pengalaman

    Berdasar pengalamannya selama lebih tujuh tahun melakukan fisioterapi di pusat-pusat perubatan sebelum ini, kanak-kanak di bawah usia lima tahun sering berhadapan dengan masalah bronkitis atau bronkospasm.

    "Ibu bapa biasanya akan merujuk anak mereka ke hospital apabila mendapati anak mereka menghadapi masalah pernafasan seperti hidung tersumbat, pernafasan berbunyi serta simptom seakan penyakit asma.

    "Sebenarnya jika ibu atau bapa mempunyai sedikit ilmu fisioterapi, mereka boleh mempraktikkan kepada bayi mereka agar tidak mudah berlaku jangkitan lain terhadap bayi.

    "Sebagai contoh, jika bayi mengalami hidung tersumbat dan batuk berkahak dan di rumah memang tidak mempunyai mesin sedut hingus, ibu bapa boleh mencuba teknik tepukan yang dinamakan percussion ke atas bayi mereka.

    "Caranya mudah, pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.

    "Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi.

    "Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka," jelas Siti Farah.

    Siti Farah mengingatkan ibu bapa, sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.

    Siti Farah berkata, bayi yang kesnya dirujuk ke fisioterapi oleh doktor, biasanya akan melalui fisioterapi pada bahagian dada.

    "Ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor pula untuk melambatkan bakteria, manakala nebulizer adalah untuk membuka saluran pernafasan bayi yang sempit.

    "Kombinasi tiga elemen iaitu ubat, nebulizer dan fisioterapi merupakan kaedah yang lazim dilakukan di hospital ke atas bayi yang menghadapi masalah tersebut," katanya.

    Menurut Siti Farah lagi, apabila bayi diserahkan kepada ahli fisioterapi mereka akan dibedung dan teknik tepukan untuk melonggarkan kahak akan dibuat.

    Selepas tepukan, mesin penyedut kahak akan digunakan bagi membantu bayi mengeluarkan kahak dan hingus mereka.

    "Saya memang faham perasaan ibu yang menangis dan tidak sanggup melihat bayi mereka melalui prosedur tersebut. Tetapi ibu atau bapa perlu tahu, proses tersebut tidak menyakitkan ia cuma tidak selesa pada bayi dan kita sukar untuk mententeramkan bayi.

    "Adakalanya juga ketika proses menyedut kahak dan hingus akan keluar bersama sedikit darah, ibu bapa jangan panik. Mereka perlu faham keadaan tersebut berlaku kerana saluran pernafasan anak terlalu sempit dan masih lembut.

    "Apabila anak meronta, ia hanya akan menyebabkan kesukaran kepada bayi itu sendiri juga mendatangkan kerisauan kepada si ibu yang melihatnya," ujar Siti Farah.

    Sumber: Utusan Malaysia