Bukan mudah untuk menjadi ibu yang berilmu dari segala segi..justeru matlamat utama blog ini adalah untuk mengumpul sebanyak mungkin info berkaitan bayi dan ibu..untuk rujukan tuan blog dan sesiapa jua yang sudi singgah di blog ini. Segala info adalah dipetik dari sumber seperti dinyatakan..same2 la kite menilai dengan penuh bijaksana.

Monday, April 30, 2012

Jaundis @ Sakit Kuning


Jaundis@sakit kuning sering terjadi pada bayi baru lahir..ummi pun alami masalah tu. So ummi nk kongsi petua yang ummi amalkan..


Urm...al-kisahnye mase umur amirul  3 hari nurse dpt detect tanda2 jaundis..aduiii..kena refer KK serta merta..dah la mase tu ummi lemah lagi..nak x nak kena gagahkan diri ikut En. F bawa amirul pegi KK. Amirul kan menyusu badan jer..n mase tu ummi lum beli  'breast pump' lagi. Mana boleh ummi xpegi..karang buatnye dia lapar...naye jadinya.. Nasib baik mak ikut same.. Ummi pun berjalan la walau senget2 n terkepit2..hehe..amirul didukung oleh neneknya.


Sampai KK ummi duduk la atas kerusi..mak oii..keras giler kerusi  tu..dah la kite ni tgh sakit..huh..terpakse la ummi duduk dlm keadaan senget lg..nk duduk betul terasa sakit dekat  jahitan..punye la lame tunggu turn amirul sampai ummi rase nk pitam..dah la mase beranak tu kite dh hilang byk darah..tibe2 kena dera camni lak..patutnya ummi kena duk baring je kt umah..maka dengan muka xmalunya ummi terus baring kt atas deretan kerusi tu..amik ko..5 kerusi ummi pulun sorang..haha...


Sampai turn amirul..mak pun bawak masuk dalam makmal..cian amirul kena cucuk kt kaki tp amirul kuat..xkejut pun dari tido mase nurse cucuk kaki dia..kuar makmal pun still tido...10 minit pastu nurse lain lak panggil..dia cakap bacaan Birubilin Capilari 171.  So dia pun bagi la nasihat itu ini nk kasi jaundis tu turun..salah satunya bagi susu badan sekerap mungkin n elakkan bayi tido terlalu lame..esok kena datang lagi..lps selesai ummi pun jalan senget2 lagi kuar dari KK.


Sesampai di umah ummi pun buat la macam yg nurse tu cakap. Setiap 1 jam ummi paksa la amirul hisap susu..esoknya ummi dengan keadaan jalan yg masih senget ni pegi lagi KK dgn harapan bacaan akan turun tapi................... Birubilin Capilari 227 .. aihhh...makin naik lakk..patut turun la..nurse tu cakap lak kalu bacaan naik sampai 290 amirul kena masuk wad..uwaaaaa....xnakk...esok kena datang lagi..


Balik dr KK hr tu ummi ajak En. F singgah hypermarket..suh beli anggur itam..sampai umah terus ummi perahkan anggur tu dalam mulut amirul..bkn main sedap lagi ummi tgk amirul telan air tu..kebetulan pulak hari tu MIL ummi nk dtg..so ummi suh dia bawak daun belimbing buluh..petang tu amirul mandi dgn air daun belimbing buluh la..dalam hati ummi turut berdoa moga sembuh la sakit kuning amirul..2 petua ni ade orang bagitahu mase ummi kt wad lagi..terima kasih pada org yang berkenaan.


Hari ketiga pegi KK..ummi pun ikut lagi tp dh kurang senget berjalannya.. hehe.. lps ambik darah tunggu la nurse bagi result bacaan..dup dap.. dup dap.. dup dapp..Muhammad Amirul Hakimi..bunyi suara nurse kt dalam bilik..ummi pun masuk la dlm bilik tu...emmm..baguss..hari ni dah turun 159..manis muke nurse tu cakap kt ummi. Alhamdulillah..dgn iktiar yang ummi lakukan Allah turunkan bacaan sakit kuning amirul..senyum sampai kt telinga ummi mase tu..then ummi tanye kt nurse tu..setakat bacaan berape baru normal n xpayah dtg KK lg..nurse tu ckp 150...maknanya esok kena datang lagi la..aduiiii....


Blk dr KK hr tu ummi bagi lagi air anggur kt amirul n mandikan dgn air daun belimbing buluh..xlupa juga ummi susukan amirul setiap 1 jam..tp esok tu En. F dah kena keje..camner ni..sape nk hantar kami pegi klinik..ummi tekan2 kulit amirul dah xnmpak sgt kuning..so lps bincang dgn mak, ummi decide xpayah bawak amirul pegi KK hr tu. Bertawakal je.


Sampai la hr ke 6 umur amirul, nurse datang melawat ke rumah..ummi pun dengan takut2 cakap kt nurse tu xpegi KK  tempoh hari coz husband dh kena keje..dia ckp xpe..anak awak dh xkuning lagi...fuuhhhh....alhamdulillah..dengan izin Allah ikhtiar ummi untuk sembuhkan amirul berjaya.


Kesimpulannya ikhtiar yang ummi lakukan untuk sembuhkan amirul dari sakit kuning:-


  1. Bagi susu badan setiap satu jam..ni nk kasi baby tu buang air besar sekurang2 nya 6 kali  
      sehari..
  2. Bagi baby minum air perahan anggur hitam..ni nk kasi baby tu lawas..
  3. Mandikan dengan air daun belimbing buluh..tp pastikan daun tu dicuci betul2 baru 
      direbus..kang ade ulat kt daun tu xpasal2 dpt penyakit gatal lak si kecil tu.. xke  
      haru biru..
  4. Kejutkan baby dari tido..panggil name dia..usap kepala dia..kucup dahi biar dia 
      terjaga..hehe..
  5. Paling penting setiap ikhtiar yang dilakukan hendaklah dimulakan dengan kalimah
      'Bismillahirahmanirrahim' dan tidak lupa berdoa dalam hati agar anak kite diberi 
       kesembuhan.


Sebenarnya banyak lagi cara yang orang2 sekeliling ajar ummi..ade orang suh minum susu kambing mase mengandung dulu..nanti dah beranak xde la anak tu kuningg..MAAF..ummi xleh berkompromi dengan susu kambing..hik hik..beli susu HIGOAT satu pun sampai umur amirul dh 1 bulan ummi xminum2..haha..lastly..susu tu jd rezeki nenek amirul..


Sape2 yang nk cube petua di atas silalah cube..kite wajib berikhtiar kalau mengharapkan kesembuhan penyakit..nk tunggu keajaiban berlaku ntah bile ia akan berlaku..



Sunday, April 29, 2012

Air Masak Tak Sesuai Untuk Bayi Bawah 6 Bulan





Dalam entri kali ni ummi nak kongsi tentang bahaya air masak pada bayi dibawah 6 bulan.. dah lupa mane ummi bace artikel ni tp apepun terima kasih dan tahniah pada tuan punye asal artikel ni..mmg bagus untuk panduan ibu bapa.. meh kite bace.


Walaupun dah berkali2 di ingatkan jangan beri bayi bawah 6 bulan minum air masak, namun masih ada ibu bapa yg masih amalkan beri air masak pada bayi mereka. Antara sebab desakan orang tua, nak kasi kuning si anak cepat baik, bilas tekak anak lepas minum susu, supaya anak senang buang air dan macam2 lagi la.

Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya & yang menyusu formula.

Semoga info2 ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air masak tidak digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah.

Merencatkan Tumbesaran
Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.

Merencatkan Akal
Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang diserang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.

Mengancam Nyawa
Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

Mengakibatkan Sawan Tarik
Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water Intoxication’.

Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu..beri bayi anda susu ibu sekerapnya.




ok..itu la dia artikelnya..so terpulang la pada ibu bapa untuk membuat keputusan. Zaman skrg sudah byk sumber yang boleh kite rujuk..pandai2 la kite membuat penilaian.





Tuesday, April 24, 2012

Kes Dera


Ummi baca berita ni dalam sinar harian 24 April 2012. Ya Allah sedihnya hati ini melihat gambar anak kecil yang tak berdosa tu. Zalimnya orang yang melakukan perbuatan ini. Sebelum ni kalu bace berita2 camni terkesan gak tapi tak la seperti hari ini. Hiba sangat rase hati ini..tambahan lagi kes ni berlaku dalam daerah yang sama dengan ummi.. Mungkin juga kerana hari ini ummi sudah menjadi seorang ibu..sudah mempunyai seorang cahayamata yang menyerikan hidup ummi.. Betapa bahagianya melihat senyuman seorang anak walau di kala dinihari..dikala mata masih ingin pejam..dikala insan2 lain sedang lena diulit mimpi..namun naluri keibuan itu sungguh unik diciptakan Tuhan..

Ya Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang..jauhkan keluargaku.. saudara2ku.. sahabat2ku.. serta semua kenalanku daripada kejadian seperti ini. Sinarilah hati kami dengan cahaya keimanan agar kami tidak terpesong serta lalai menjaga amanahMu  dalam kehidupan ini.

Kanak-kanak koma dipercayai didera teman lelaki ibunya

KUALA TERENGGANU - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun cedera di kepala selepas dipercayai dipukul teman lelaki ibunya dalam satu kejadian di sebuah kampung di Manir, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, suspek yang berusia 26 tahun dipercayai memukul kanak-kanak itu hingga menyebabkannya cedera.

Mangsa kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan difahamkan, mangsa bersama ibunya yang berusia 22 tahun ketika kejadian berlaku di kediaman lelaki berkenaan.

Difahamkan, suspek tidak tahan dengan kelakuan aktif kanak-kanak terbabit, menyebabkan dia hilang sabar dan dipercayai memukul kanak-kanak malang itu hingga menyebabkannya cedera.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut dan laporan mengenai kejadian itu telah dibuat di pondok polis di HSNZ.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001.

Katanya, pihak polis telah mengenal pasti identiti suspek dan kini sedang berusaha untuk memburu suspek.







Mudahan-mudahan si ibu yang berkenaan menginsafi dirinya dan mudah-mudahan anak kecil ini dilindungi oleh Allah s.w.t. jua hendaknya.

Monday, April 23, 2012

Anugerah Terindah



13 November 2010
Fitrah alam setiap insan yang normal inginkan kehidupan berpasangan..same la dengan ummiamirul .. Alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t, tanggal  ini telah menjadi detik bersejarah dalam hidup ummiamirul. Terima kasih pada kedua mak ayah yang telah menyatukan ummiamirul dengan jejaka yang kini menjadi nakhoda hidup ummiamirul..Syukur pada Ilahi kerana telah mengurniakan seorang suami yang kini menjadi pemimpin dan pembimbing dalam mencari keredhaanMu.



26 Oktober 2011
ALHAMDULILLAH..hanya itu ungkapan yang mampu terkeluar dari mulut ini tatkala lahirnya putera ummi.  Setelah lebih 9 bulan menempuhi pelbagai ujian sepanjang mengandung.. akhirnya ummi selamat melahirkan dengan sempurna.. moga  menjadi anak soleh dan menjadi pemimpin yang bijaksana.. sesuai makna nama yang dipilih..Muhammad Amirul Hakimi




 Ini la putera ummi..blur je pic..huhu..amirul kuar 5 hari lbh awal dr due..lupa nk bawa camera..henset lak xde bateri.  Tengah syok ummi tido, tetibe kul 2.30 pagi ketuban pecah..xsakit lagi, cume ummi takut coz dah 2 helai kain batik basah berjeruk..lencun dah kt atas katil tu..so kul 3 pagi bergegas pegi hospital..nasib baik la beg ummi dan beg baby dah lame letak dalam bonet kete..sebelum tido malam tu xde ape2 tanda nk bersalin pun..


Pic ni ni cik alang yang snap dgn henset dia mase kt HSNZ. Biar la blur pun..boleh dijadikan kenangan sewaktu umur amirul 1 hari..Abah amirul memang tak terpikir dah nk snap pic anak dek kerana trauma sebaik kuar dr labour room..kita yang sakit dia lak yang trauma..haha..dia ckp "Lain kali xpayah beranak lagi la ayang..xsampai hati abang tengok"..hehe..tp dalam pada masih trauma tu sempat lagi dia belah mulut amirul dgn kurma dari Mekah.Terima kasih pada Tok Cik Yah merangkap tok saudara abah amirul kerana berikan kurma tersebut. Dapat la amirul merasai makanan sunnah sebagai makanan pertamanya. Sebenarnya kurma tu dah lame Tok Cik Yah bagi..lebih kurang 3 bln sebelum due ummi tp ummi simpan 2 biji..mmg dah niat nk wat belah mulut anak nanti..syukur tercapai hasrat ummi walaupun abah amirul terpaksa curi2 mase nk wat 'upacara' tu. Kang nampak kt nurse kena marah lak..hehe


Sebut pengalaman bersalin..mmg di luar imaginasi ummi selama ni.. nanti ummi citer lagi di entri akan datang..kot2 boleh memberi panduan kepada bakal2 ibu..











Thursday, April 19, 2012

Muqodimmah..

Salam semua,

Alhamdulillah..akhirnya impian untuk miliki blog sendiri terlaksana..Selame ni ummiamirul asyik tgk blog org je....pasal masakan.. kekeluargaan.. kisah hidup..n macam2 lg. Insyaallah..ummiamirul akan penuhi blog ni dengan entri2 yg bermanfaat...kalu buleh xnak la blog ni bersawang..hihihi..