Bukan mudah untuk menjadi ibu yang berilmu dari segala segi..justeru matlamat utama blog ini adalah untuk mengumpul sebanyak mungkin info berkaitan bayi dan ibu..untuk rujukan tuan blog dan sesiapa jua yang sudi singgah di blog ini. Segala info adalah dipetik dari sumber seperti dinyatakan..same2 la kite menilai dengan penuh bijaksana.

Tuesday, April 24, 2012

Kes Dera


Ummi baca berita ni dalam sinar harian 24 April 2012. Ya Allah sedihnya hati ini melihat gambar anak kecil yang tak berdosa tu. Zalimnya orang yang melakukan perbuatan ini. Sebelum ni kalu bace berita2 camni terkesan gak tapi tak la seperti hari ini. Hiba sangat rase hati ini..tambahan lagi kes ni berlaku dalam daerah yang sama dengan ummi.. Mungkin juga kerana hari ini ummi sudah menjadi seorang ibu..sudah mempunyai seorang cahayamata yang menyerikan hidup ummi.. Betapa bahagianya melihat senyuman seorang anak walau di kala dinihari..dikala mata masih ingin pejam..dikala insan2 lain sedang lena diulit mimpi..namun naluri keibuan itu sungguh unik diciptakan Tuhan..

Ya Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang..jauhkan keluargaku.. saudara2ku.. sahabat2ku.. serta semua kenalanku daripada kejadian seperti ini. Sinarilah hati kami dengan cahaya keimanan agar kami tidak terpesong serta lalai menjaga amanahMu  dalam kehidupan ini.

Kanak-kanak koma dipercayai didera teman lelaki ibunya

KUALA TERENGGANU - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun cedera di kepala selepas dipercayai dipukul teman lelaki ibunya dalam satu kejadian di sebuah kampung di Manir, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, suspek yang berusia 26 tahun dipercayai memukul kanak-kanak itu hingga menyebabkannya cedera.

Mangsa kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan difahamkan, mangsa bersama ibunya yang berusia 22 tahun ketika kejadian berlaku di kediaman lelaki berkenaan.

Difahamkan, suspek tidak tahan dengan kelakuan aktif kanak-kanak terbabit, menyebabkan dia hilang sabar dan dipercayai memukul kanak-kanak malang itu hingga menyebabkannya cedera.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut dan laporan mengenai kejadian itu telah dibuat di pondok polis di HSNZ.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001.

Katanya, pihak polis telah mengenal pasti identiti suspek dan kini sedang berusaha untuk memburu suspek.







Mudahan-mudahan si ibu yang berkenaan menginsafi dirinya dan mudah-mudahan anak kecil ini dilindungi oleh Allah s.w.t. jua hendaknya.

No comments:

Post a Comment

Comment: